Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Name Given by parents is Muhammad Alif Hakimi Bin Tukimin
Currently In Mersing, From Muadzam Shah, Pahang
Was Born on Sept 30, 98 @ HSAJB @ 4:22pm
Nothing Special. Org yng menilai kita, So enjoy your life selagi boleh !!
Second admin is Hanin Hamdan and third one is Farah Ameena. Terima kasih kawann!!

Add me, Be my friend

How this blog ha ?
  
pollcode.com free polls 



my instagram =)

Instagram

Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Tuesday, 9 July 2013

Kini Kembali

Hai korang. Assalamualaikum semua. How your day,. Sorry sangat sebab lama x update blog. Maklumlah. Mana ada event sangat tengah-tengah tahun. Kalau ada pun ni ha. Haritu ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG AKAN DIADAKAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI. Tapi amalngnya jerebu menyebabkan penganjur membatalkan anugerah ini. Aku dapat masuk pidato. Antara acara yang asrama sri dapat ialah Futsal, Pidato dan Ping-pong. Mmang pagi tu kitorang semua dah ready nak pergi. Jerebu memang tebal gila la masa tu. Alangkah kat mersing pun dah jerebu ape lagi kat Kota. Dengar kata kadar IPU di Kota masa tu lebih kurang 400++. Memang dah teruk pun. Nanti aku masukkan gambar okay. Okaylah Memandangkan esok kita akan menyambut bula Ramadhan Al Mubarak, Aku mewakili pelajar asrama putera SMK SRi Mersing mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK BERBANDING YANG LEPAS. amiinn..


Doa supaya orang akan hormat kat kita dan senang nak bergaul dengan kita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



اَللَّهُمَّ  إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَاتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلَامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ  اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلِيلٌ فَأَعِزَّنِي وَفَقِيرٌ فَأَغْنِنِي وَارْزُقْنِي.



Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan. Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina, maka muliankanlah aku, aku ini miskin, maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki kepadaku.

amin ya rabbal 'alamin

Sunday, 28 April 2013

Kembali Semula

Assalamualaikum semua :)
Lama gila kott tak jengah blog ni. maklumlah, busy sikit. Memang banyak dah event yng terlepas. nak buat mcm mana, dah terlepas dah pun. Lagipun kamera tak dibenarkan bawak lagi. nanti kalau ada kebenaran aku masukkan pic-pic okay. o, harini just nak update ni je untuk menunjukkan yang aku masih ingat pada blog ni. haha. Sekian for today, Bye :) aku tinggalkan dengan music vid terbaru psy Gentleman :)



Sunday, 24 February 2013

Kunjungan mereka dan mesyuarat PIBG SMKSM 2013





 Bismillahirrahminirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabrakaaatuh.
Alhamdulillah, bulan ni semuanya berjalan dengan lancar, So kali ini aku nak citer pasal mesyuarat pibg yng baru je berlangsung pada sabtu, 23 Febuari yng lepas ( semalam ).
Apa kaitannya dengan asrama? Ok, kaitannya ialah, pelajar-pelajar asrama telah dirahkan untuk bermain kompang dan juga diminta untuk melakukan persembahan DIKIR BARAT . Ini adalah kali pertama sejak aku masuk asrama di mana pelajar asrama dijemput untuk melakukan persembahan di mesyuarat yng boleh dikatakan mesyuarat terpenting di sekolah, so saya kira ini adalah satu penghargaan kepada kami.
Untuk Tajuk kunjungan yang telah tertera di atas pula ialah berkaitan tentng :
Asrama Putera telah dijadikan tempat penumpangan sementara untuk pelajar-pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yng akan melakukan pementasan Theater The Curse ( novel tingkatan 5 ) di Dewan SMK SM. so, ini pon satu penghargaan kerana dalam bnyak-bnyak asrama cantik lain, kenapa mereka memilih asrama lelaki ini. What ever so lah kan. 

So here is some pics :






 Ni tmbahan : Ok, Harini, 24 FEBUARI adalah hari lahir rakan kita, muhammad amirul . so kitorng ucapkan selamat menymbut ulngtahun kelahiran yng ke 16 semoga sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur :)







video akan diupdate kemudian kerana masalah teknikal. terima kashi =)

Friday, 15 February 2013

APSM Dulu dan kini!



hey guys! tengok apa yng aku jumpa! sure ke ni Asrama SM ! Suke-suke suke =)
 hehe!





Psy In Malaysia



Aye aye, Gong Xi Fa Cai to all my chinese friends ecspecially for the canti seow xin ling . ok noktah =)
So kali ni jom kita tengok video persembahan Psy the hottest artist of the year ni. Psy atau nama penuhnya Park Jae Sang telah dilahirkan pada 31 Disember 1977 dan berasal dari Korea Selatan. Start popular semenjak lagu Gangnam Style tu lahh. Sebelum ni dia memng artis pon, tapi x de lah terkenal mcm sekarang,pada 2001, dia ade album yng bertajuk BIRD. Album perdananya bertajuk PSY FROM THE PHSYCO WORLD. Suara dia ni tak de lah sedap sangat, tapi rentak lagu dia ni yng membuatkan orang stress tergelak bila tengok videonya**. Untuk Pengetahuan, Psy telah pon dtg pada 10 Febuari yng lepas (agaknye lah) dan telah dihadiri oleh 10,000 org penonton di Pulau Pinang. Show ni agak sensasi la sebab penganjur yng membawa Psy ni ialah Salah satu dari Parti Politik kat Malaysia ni, Sampai PM Kita pon dibenci pasal habis 2 million just untuk jemput mamat ni. Alah, malas la ckp bnyak, tengok sajaaaa :)

 
Gilak ahh, sanggup berpanas just nak tngok si Chubby ni -_- 

 

Thursday, 14 February 2013

Kisah benar- 22 soalan vs 1 soalan (kristian vs Islam)




Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’
Sang paderi pun mulai bertanya,

 ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.


Setelah membaca ‘Bismillah…’ Pemuda arab itu berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’: 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’
(Al-An’am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’
(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’
(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’
(Luqman: 19).


- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.


- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’
(Al-Anbiya’:69).


- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).


- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).


- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
 Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata,
‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.....

32 “Rahsia” Israel Yang Patut Kita Tahu

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

 4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Gambar Menakjubkan – Burj Dubai Disambar Kilat


Cahaya kilat menyambar puncak bangunan tertinggi di dunia, gambar yang menakjubkan ini di langit menara Burj Dubai. Kilat menyambar Burj Khalifa Emiriah, yang gah setinggi 828 meter. Ia telah dibina dengan 4,000 tan metrik keluli, dibina supaya kilat terpesong dari struktur utama. Selepas paparan menggerunkan ini, lihat pula gambar yang menakjubkan, pemandangan indah pelangi, yang membentuk gerbang atas menara tersebut. Kerja membina bangunan menara tertinggi didunia ini bermula pada tahun 2004 dan ia secara rasmi dibuka pada tahun 2010.








Komando Malaysia Ceroboh Kem Tentera Singapura Tanpa Dikesan!


Jyeah, Haha, Its quite funny lah. enjoy k



MEMALUKAN! Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pangkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.
Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Singapura yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, mereka sepatutnya tidak lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.
Tiada negara di dunia yang mampu mengatakan bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali tentera Malaysia! Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani kawan dan lawan.
Keberanian pasukan tentera Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya ketika misi menyelamat Pasukan RANGER’s Amerika Syarikat di Mogadishu suatu ketika dahulu.
Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami kecederaan yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apabila mereka dengan beraninya bergerak kekawasan ‘COMBAT ZONE’ dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai “GUN SHY”, mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.
Adalah salah anggapan apabila Singapura menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sekali melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Padahal Malaysia mempunyai kekuatan dan sejarah panjang yang sangat cemerlang di dalam peperangan ketika menentang Komunis. Latihan Ketenteraan juga kerap dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dengan menggabungkan kekuatan darat, laut dan udara.
Sungguhpun askar-askar Singapura dilatih oleh Israel, hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah ‘YOUNG OFFICER’ yang tiada pengalaman peperangan. Berbeza dengan Malaysia yang sanggup berkorban nyawa dan badan demi negara tercinta!!

Cara Menegur Lelaki Kaki Ponteng Sembahyang Jumaat

 

 

Assalamualaikum, Jyeah, entri yang aku copy ni sesuai kot untuk abg-abg sekalian . =) hehe

Cara Menegur Kaki Ponteng Sembahyang Jumaat
Kes ponteng sembahyang Jumaat ni selalu terjadi kepada kaum lelaki, khususnya dibandar-bandar besar. Syarikat bagi masa rehat panjang untuk pergi solat Jumaat, tapi diorang melencong kekedai makan, selalunya kedai mamak. Selamba badak je makan minum, sembang-sembang, hisap rokok walhal azan kan masjid dah masuk kali kedua. Jika korang sebagai perempuan yang nampak dan duduk berdekatan dengan meja golongan mat ponteng ini di kedai-kedai mamak, mungkin cara dibawah ini boleh dicuba. Mungkin berhasil mana tau kan?hehe..

1) Cakap dengan agak kuat, “aku teringin sangtlah nak merasa nikmatnya sembahyang jumaat”, kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya. Kot-kot insaf Mat ponteng tu.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang sibuk Sembahyang Jumaat”.  Mau terbantut nak makan Mat ponteng tu.

3) Jika korang bersama adi, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang jumaat, buat-buat memujuk adik anda dengan mengatakan “adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar ayah bawaklah pergi sembahyang jumaat tu”. Tersentap kat situ jugak Mat ponteng tu

4) Pergi ke lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, hari ini hari apa eik, maklumlah saya ni ada masalah sikit nak ingat hari” Mau touching Mat ponteng tu

5) Kalau korang jenis cantik dan lawa, korang pura-puralah cakap kat kawan korang, “eh aku kan suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool”. Mesti Mat ponteng tu terus balik dan bersiap.

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”. Silap-silap mencanak lari Mat ponteng tu.

7) Kalau korang jenis berani sikit je, korang pura-pura tanya kat kawan depan, “eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”. Mat ponteng tu mesti terkedu jap.

8 ) Kalau korang jenis yang berani, tegur direct je, “abang dah masuk waktu abang tak sembahyang Jumaat?”.  Tersentap terus Mat ponteng tu

Okey tak cara ni?, sebenarnya kalau lelaki tu dah jenis hati kering korang nasihat dan tegur macamana pun dia haram nak kisah. Cara diatas bukanlah cara yang serius, namun boleh juga digunakan. Okeh, Selamat Menegur!

Pakar Bom Al-Qaeda, Ibrahim amat digeruni AS

Im copy paste, tapi best


WASHINGTON: Pada usia baru 30 tahun, pakar bom al-Qaeda, Ibrahim al-Asiri menjadi individu paling digeruni pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Ibrahim yang bertanggungjawab terhadap rancangan mengebom sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat baru-baru ini, amat membenci negara itu.
Berulang kali Ibrahim menghasilkan bom yang gagal dikesan pengimbas keselamatan, termasuk bom seluar dalam yang mensasarkan sebuah jet dalam penerbangan ke Detroit, Amerika Syarikat pada 2008, bom yang disembunyikan dalam katrij pencetak yang mahu diletupkannya di Chicago dan juga sebutir bom yang disembunyikan dalam tubuh adiknya yang melancarkan serangan berani mati terhadap seorang pegawai Arab Saudi.

Ibrahim, warga Saudi belajar kimia di sebuah kolej menjadi radikal selepas kematian abangnya, kata ibu bapanya.
“Kematian itu menyebabkan dia berubah menjadi berbahaya,” kata Mike Rogers, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Senat Amerika Syarikat.
“Kita mahu memastikan dia tidak mempunyai peluang untuk terus membuat bom atau menurunkan pengetahuannya kepada sesiapa saja yang ingin membuatnya,” kata Rogers.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat memberitahu media, rekaan terbaru Ibrahim membabitkan bom yang dipasang dalam tubuh pejuang serta yang tersembunyi dalam haiwan peliharaan yang dibawa menaiki pesawat, bom dalam kamera dan pemacu cakera luaran yang boleh meletup jika dipasang pada komputer riba.
“Dia begitu inovatif dalam mencari jalan untuk membuat bom yang dibawa ke dalam pesawat dan boleh mengelak daripada dikesan mesin pengimbas di lapangan terbang,” kata bekas penasihat kanan Markas Operasi Khas Amerika Syarikat, Seth Jones.
Kebencian pakar buat bom itu terhadap Amerika meningkatkan lagi ancaman.
“Ibrahim amat bencikan Amerika Syarikat. Dia benci apa yang dibawa oleh budaya Amerika kepada dunia. Dia menyokong ideologi Osama bin Laden dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bom yang boleh membunuh seberapa ramai penduduk Amerika. Dia bencikan ideologi Amerika dan nilai Barat.
Ibrahim terselamat daripada sekurang-kurangnya satu serangan dron Amerika Syarikat tahun lalu.

7 Mitos Fakta Sains Yang Perlu Kita Ketahui





1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.
2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun.
3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan – dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.
4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya – tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut.
5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana ‘sisi tergelap’ bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.
6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Fakta ini tidak masuk akal . Jika terdapat kuman di lantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat. ( Hal ini sebenarnya membenarkan apa yang terdapat dalam hadis Nabi s.a.w:
   Dari Anas r.a bahawa ia berkata:
“Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan( makanan) salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi keberkatan”.
H/R Ahmad dan Muslim
(Subhanallah…)
7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 – 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

PENIPUAN YAHUDI DAN KEBIJAKSANAAN MEREKA



Time to copy paste =)
bende baik patut dikongsi kan?


Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah S.A.W. : “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”
Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. JAdi, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
 
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Wednesday, 13 February 2013

Bieber is coming !!







Hey, siapa yng tak layan cepat-cepatlah scroll down  drpd mlihat mamat ni.!! Btw, I enjoyed with this vid :)





Monday, 11 February 2013

Asrama Putera Dapat Pujian , Hehe




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
First of all, Al-Hamdulillah dN Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana sekali lagi Asrama Putera SMKSM mendapat pujian dari pihak PPD, kami seluruh warga APSM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPD Daerah Mersing atas penghargaan yang diberikan. Kami semua amat bebangga kerana dengan kejayaan ini, nama asrama kini lebih bersih, bukan apa, sebelum ini, kebanyakkan guru-guru SMKSM mengatakan asrama kami ni teruk, kotor, selekeh,pemalas,and macam-macm lagi lah, Kami harap kejayaan ini dapat membuka mata guru sekalian dan harap guru sekalian dapat membuang pandangan negatif terhadap asrama ini .  :P

Wah, ayat formal lak kan, X de la, happy lah kan, segala penat lelah dan juga peluah pelajar asrama dalam menjadikan asrama ini seperti HEAVEN KAMI akhirnya membuahkan hasil, Tak sia-sia lah kan cik ketua marah-marah. Aku wakil pihak AJK mengucapkan syabas dan tahniah kepada korang semua sebab dah berjaya membuka jalan untuk APSM bagi menuju ke arah kecemerlangan. MABRUK ALAIIKK !!!
Dengar kata, markah keseluruhan untuk asrama ni ialah 98%, malam tu jugak lahh kitorng bersorak happy. Mana taknya, ASRAMA NI SEMUA LELAKI, INGAT LELAKI TAK BOLEH KEMAS DAN BERSIH KE? PATUT BERBANGGA WAHAI HOSTELIAN SEKALIAN KERANA KITA TELAH MENGALAHKAN ASRAMA PUTERI, wohhhooooo..!!!

ni petikan dari EN WAN NADZRI,

''Tuan PPD amat berpuas hati dengan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh pihak asrama tersebut terutama En. Nordin, Penyelia Asrama dan pihak sekolah.''


KATANYA :)
























Haaaa, ni lah katil aku
Ni dorm 1, katil yng ada selimut coklat ( paling dekat  ) adalah katil aku. haha

 Sekian lahh untuk anda :

MUHAMMAD ALIF HAKIMIBIN TUKIMIN
SETIAUSAHA ASRAMA PUTERA SMK SRI MERSING 2013




Sunday, 10 February 2013

Program Orientasi dan majlis penutup program Orientasi APSM 2013









Assalamualaikum warahmatullahi, wabarakaaaaaatuh.
Ewah-ewah, tetiba je aku rasa exited gila-gila nak update pasal Entri kali ni. Program orientasi ialahEntri yng aku tunggu-tunggu nak update, Sorry kalau entri ni panjang sangat, Maklumlah, Bnyak sangat aktiviti ni. Untuk pengetahuan, aktiviti ni telah diadakan selama 4 hari bermula pada 28 - 31 Januari yang lepas.

Ok, straight to the point. Aktiviti pertama yng diadakan ialah KENAL KAMI KENALLAH DIRI (aku yng sukahati je letak nama). program ni ialah pembuka tirai kepada segala aktiviti. Masa aktiviti ni berlangsung, aku x terlibat, Tak dibenarkn AJK lain untuk terlibat sama oleh cik ketua, aku hanya dibenarkan untuk menagkap gambar sahaja. Jyeah, macam biasa, perisian program ni ialah PEMBERIAN BARANG AMANAH, PERLANTIKAN PENGHULU, PENGHAYATAN MOTO ( ONE FOR ALL, ALL FOR ONE). time ni aku tengah prep, tapi dapat jugaklah dengar diorng ni menjerit kuat-kuat MOTO tu. Pape je lah kan . So, penghulu program orientasi untuk tahun ini ialah MUHD AMIRUL AIMAN BIN ABU HASSAN, 1 BEST 4. ala, kalau x kenal nanti cariklah kat sekolah. Ok, here is the pics ::::






Sesungguhnya aktiviti 1st ni agak biasa-biasa. ok hari second pulak ada aktiviti TREASURE HUNT !!! Jyeahh. Ni AKTIVITI TERGEMPAK SEBAB AKU YANG BUAT CHECKPOINT-CHECKPOINT DIA. Agak mencabar jugaklah kan aktiviti yng aku buat. Antara aktivitinya ialah :

1) Berkawat penuh dalam masa 3 minit, kalau gagal ulang sehingga dapat.



2) Tulis tajuk lagu Kebngsaan, Negeri Johor, Lagu ketiga dalam perhimpuan dan Lagu Sekolah dalam masa 30 saat dan nyanyikan,jika gagal beri tajuk lagu dalam masa yng diberikan, hukuman menanti

3) Cari 3 ekor ikan kecil dan 3 eor ikan besar dalam kolam asrama dalam masa 10 minit ( yng ni agak kejam sebab aktiviti buat malam, mana nampak pape pon dalam kolam) tiada satu kumpulan pun berjaya, hukuman menanti

4) Cari 50 biji buah pinang dan cari sehelai kertas ikrar di dalam bilik prep, sila baca ikrar tersebut di di hadapan pak Guard, akhiri ikrar anda dengan perkataan KAMI SAYANG PAK GUARD TERIMA KASIH KERANA MENJAGA KAMI .

5) Ambil cawan yng berisi air masak di dalamnya, bawa ke lokasi pembalingan, kira-kia 5 meter. ambil cawan tersebut tanpa menggunakan mulut, sila habiskan air tersebut dan baling ke dalam baldi, jika gagal ulangi sekali lagi sehingga perut buncit ( yng ni mmng kejm, sampai nk termuntah pon ada)

6) Cari gula-gula dalam tepung, sebelummeniup tepung, cuci muka anda dengan air, (penuh muka diorng melekat dngn tepung.

7) akhir sekali, cari / kejar lelaki misteri yng berpkaian serba hitam untuk mndapatkan peta harta anda (its like running man).

here the pics :



























Aktiviti next pulak ialah aktiviti bersuka ria (maklumlah esoknya ada sambutan maulidur rasul kat sekolah, x yah pergi prep malam tu) , malam tu diorng semua kene Berlakon. masa diberikan 5 minituntuk idea, Alhamdulillah, 3 kumpulan orintasi KURANG BERJAYA dalam task kali ni, dirong ni tak sporting la, still nampak takut-takut. come on lah. Itu awal, lepastu diorng kene buat tpersembahan tarian pulak, Kumpulan satu ZAPIN , kumpulan 2 tarian POP YEH YEH dan kupulan 3 lagu K-POP. haha, lebih menggelikan diorng kene menari pakai tuala, OH shitt. !! What the he**. ?tapi ni bukan idea aku ye, harap maklum.And aktiviti malam tu yng last ialah menari disco, malam tu aku bertugas unuk jadik PA SYSTEM, so mcm-mcm lagu la aku mainkan untuk diorng mnari terabussss, lagu RAYA, lagu Patriotik, Lagu sedih semua ada lah, tapi yng peliknya diorng still enjoy walaupon menari paki tuala, YA ALLAH, kalau aku dah lama bengang, Tapi x pe lah an, dah buat dah pon, So kumpulan yng gagal menaik perhatian AJK malm tu kene mandi kolam ikan asrama, Seronok kan ADIK-ADIK ? hehe




Ok, ni aktiviti malam terakhir sebelum penutupnya esok, aktiviti ni simple, just indoor game. tapi ada 4 org pelajar tak buat aktiviti ni sebab dapat MC blik rumah atas KES KERACUNAN MAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MERSING Diorng just perlu minta tandatangan AJK-AJK TERTINGGI asrama putera. hahaha. kat sini yng perit, nak dapat tandatangan je, tpi mcm-mcm kene buat, ade senior yng kejam sampai suruh basuh baju dia seminggu. hahaha.Tapi ALIF HAKIMI kan baik, senang je nak dapat tandatangn aku, hanya perlu cari nama penuh, tarikh lahir, waktu lahir, tempat lahir, nombor telefon, alamt baru rumah dan juga nama hendaklah ditulis dalam tulisan jawi, Lepas dah dapat tndatngn kene bergambar baru aku bagi kertas balik. ala bukan susah pon, semua maklumat dah ada just perlu pandai carik je. Alhamdulillah, tak de yng nangis semasa aktiviti ni dijankan.


Ok, tibalah masa majlis penutup. Sumpah x best. Cik Ketuamarah sebab takde seorng pun pelajar orientasi yng berjaya menjaga barang amanah, semua telur yng diberikan kpd mereka pecah, aku bagi motivate la jugak kat adik-adik ni, menagis diorng lepas kene ceramah ngn aku, merayu-rayu mintak maaf, ok kali ni majlis dihadiri oleh pengetua kesayangn kita EN CHUA,. sorry gambar tak de, Bateri x charge, Sedihnya.!!

Hurmmm, ni je l pasal orientasi pada tahun ni, kalau panjang umur tahun depan ada lagi kan. K , harap enjoy dan faham apa itu asrama , kepada pelajar orientasi, kami AJK minta maaf bnyak-bnyak kalau ada bnyak mnyusahkan korng, bukan kami sengaja, kalau korng nk tau, dulu kitorng lagi teruk kena ragging tau, beruntunglah korng ada senior yng baik. Ingat, Kami buat BUKAN UNTUK MENYEKAT KEBEBASAN, TETAPIUNTUK MEMBERI PENGALAMAN SELAIN MEMBENTUK ANDA MENJADI INSAN YANG TERLATIH :)
Lepas Baca jngan lupa komen / share. Baru gEMpak
Assalamualaikum :)